8th Lesson (Flipped Classroom)


Flipped Classroom, Project Based, Problem Based, Inquiry Based Learning


Sistem pendidikan di Malaysia kini perlulah berubah dengan pesat selaras dengan peredaran zaman. Bagi seseorang pendidik atau disesebuah institusi pembelajaran perlulah memikirkan kaedah yang bersesuaian untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan baik dan positif. Dalam sistem pendidikan sekarang, terdapat pelbagai kaedah pembelajaran dan pengajaran yang bersesuaian untuk digunakan oleh guru dan pelajar. Dalam pembelajaran subjek PQI6004 baru-baru ini, kami diberi ruang dalam kumpulan untuk berbincang berkenaan empat kaedah pengajaran dan pembelajaran utama yang kerap dipakai di sekolah pada masa kini.








Empat kaedah utama yang dibincangkan untuk menjalankan tugas proses pembelajaran adalah seperti berikut:

a) Flipped Classroom

Konsep ini adalah terbalik dari pembelajaran tradisional. Nota Pembelajaran diberi terlebih dahulu secara atas talian, dan latihan pembelajaran dibuat di dalam sesi kelas. Ianya memberi kelebihan kerana boleh dibaca awal dan lebih efektif proses pembelajarannya, namun terbatas bagi pelajar kerana tidak semua pelajar memiliki teknologi serta guru yang perlu lebih banyak kerja daripada biasa.

b) Project Based Learning

Konsep ini merupakan pembelajaran merentas kurikulum, melalui satu projek khas yang dilakukan bersama antara pelajar dan guru. Konsep ini lebih mementingkan proses pembelajaran berbanding hasil pembelajaran. Konsep pembelajaran ini digunakan untuk memberi pendedeahan kepada pelajar tentang situasi dunia sebenar, dimana hasilnya akan banyak dipertontonkan kepada umum. Pelajar sendiri yang menentukan hala tuju projek. Kekurangannya untuk konsep ini ialah masa yang diperuntukkan boleh menjadi sangat lama serta hasil projek yang tidak sepatutny, memerlukan penerangan yang betul jelas sebelum projek dilaksanakan. 

c) Problem Based Learning

Konsep ini ialah konsep pembelajaran berdasarkan suatu masalah yang dihad. kita diajar dalam konsep ini yang setiap masalah pasti ada cara untuk menyelesaikannya, dimana ada ruang masalah, disitu ada ruang untuk belajar dan menyelesaikan masalah. Pembelajaran ini berpusatkan kepada pelajar dan menggalakkan pelajar untuk terus berinovasi. Hal ini kerana setiap inovasi mampu menyelesaikan beberapa masalah berdasarkan situasi. Seseorang yang menggunakan konsep ini boleh memahami secara mendalam berkenaan apa yang mereka pelajari. Antara batas konsep ini ialah masa yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah serta kekangan dalam kefahaman kerana setiap masalah yang berbeza bukannya boleh diselesaikan melalui kaedah yang sama. 

d) Inquary Based Learning

Konsep ini menekankan apa yang ingin diketahui seseorang itu. Apa yang akan diperlajari seseorang itu adalah berdasarkan apa yang ingin dia ketahui (inkuiri). Terdapat empat jenis inkuiri yang dipelajari iaitu tersusun, respon terbuka, masalah dan berpandu. Antara kelebihannya ialah meningkatkan daya berfikir serta memperkukuhkan daya penyelesaian masalah, meningkatkan kreativiti, serta meningkatkan kemampuan berkomunikasi. Antara kekurangannya ialah terbatas kepada apa yang kita ingin tahu sahaja. Disamping itu juga, kesediaan guru dan pelajar dari segi emosi, rohani dan perkara lain yang mereka perlu lalui dalam konsep pembelajaran ini. 

Terima Kasih!

Comments