4th Lesson (Election Week)



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Bulan ini akan menjadi bulan yang menarik untuk semua kerana semua rakyat malaysia yan berumur 18 tahun ke atas akan mengundi untuk Pilihan Raya Umum (PRU). Dr. Zamzami telah memberi kita pembelajaran tidak segerak kerana pilihan raya minggu ini. Menarik bukan? Yap!  Pembelajaran tak segerak ialah frasa yang secara umum merujuk kepada proses pendidikan, pengajaran dan pembelajaran yang tidak berlaku serentak atau di lokasi yang sama. Ia menggunakan alat yang membolehkan individu rangkaian berkongsi maklumat tanpa mengira lokasi atau masa. Memandangkan majoriti daripada kita menaiki bas pulang ke kampung halaman, ia memberi kita kelonggaran. Membuat video YouTube mengenai teknologi dalam pendidikan adalah cabaran yang diberikan kepada kami. Jadi, ini adalah vieo milik saya!. 

Selamat menonton!  

https://www.youtube.com/watch?v=_oHCJfW5szI&t=17s

Hasil daripada pembelajaran ini, saya telah mempelajari perspektif baharu tentang bagaimana teknologi boleh digunakan di dalam bilik darjah untuk meningkatkan penglibatan pelajar, menjadikan mereka bersedia untuk tuntutan teknologi masa hadapan, menampung pelbagai gaya pembelajaran dan banyak lagi. Melalui penyuntingan video dan PowerPoint, saya juga boleh memajukan kecekapan teknologi dan kemahiran komunikasi dan pembentangan saya. Jadi itu saja daripada saya, Sekian Terima Kasih!

Comments