9th Lesson (Group Presentation)

 Perbentangan Kaedah Pengajaran Berkumpulan 

Pada hari ini bermulanya perbentangan Kaedah Pengajaran secara berkumpulan. Untuk kumpulan perbentangan ini setiap pelajar di agihkan kepada 4 orang untuk satu kumpulan. Kami semua diarahkan untuk membuat satu tugasan iaitu tugasan kaedah pengajaran. Setiap ahli kumpulan diarahkan untuk merancang jadual pembelajaran bagi satu topik, dan setiap kumpulan juga dikehendaki untuk melakukan demonstrasi bagi rancangan pembelajaran yang telah dibuat. 

Saya, Ahmad, Amirul dan Hani merupakan satu kumpulan perbentangan dan kami membuat rancangan pembelajaran  untuk subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dalam sub tajuk pemakanan. untuk topik ini para pelajar perlu mengenalpasti tentang makanan-makanan yang kerap diambil sama ada sihat ataupun tidak. Pada hari ini kumpulan kami menjadi kumpulan pertama membentangkan bahan yang kami sediakan. Setiap kumpulan yang membentang rancangan pembelajaran mereka menyediakan demonstrasi berbentuk interaktif untuk menarik minat pelajar.  Kumpulan kami menggunakan aplikasi quizizz untuk dijadikan bahan interaktif. 








Sekian, Terima Kasih!

 

Comments