Posts

10th Lesson (Continue Presentation)

Image
  Sambungan Perbentangan Kumpulan Assalamualaikum dan selamt sejahtera. Kembali lagi kita ke blog saya.  Jadi hari ni kelas diteruskan dengan Perbentangan ahli kumpulan yang tidak sempat membentang pada minggu sebelumnya. Pada hari tersebut, saya hanya sempat mendengar 2 perbentangan iaitu perbentangan daripada kumpulan Mustaza dan kumpulan Faris. Selepas perbentangan daripada group mereka, saya, mustaza dan faris terpaksa keluar dari kelas dengan lebih awal kerana mempunyai beberapa urusan luar. Sebelum itu, kami meminta kebenaran daripada Dr. Zam. Apa yang aku tahu, selepas tamat perbentangan ahli kumpulan, semua rakan kelas dan dr zam bergambar untuk jadikan satu kenangan untuk subjek ini.

9th Lesson (Group Presentation)

Image
 Perbentangan Kaedah Pengajaran Berkumpulan  Pada hari ini bermulanya perbentangan Kaedah Pengajaran secara berkumpulan. Untuk kumpulan perbentangan ini setiap pelajar di agihkan kepada 4 orang untuk satu kumpulan. Kami semua diarahkan untuk membuat satu tugasan iaitu tugasan kaedah pengajaran. Setiap ahli kumpulan diarahkan untuk merancang jadual pembelajaran bagi satu topik, dan setiap kumpulan juga dikehendaki untuk melakukan demonstrasi bagi rancangan pembelajaran yang telah dibuat.  Saya, Ahmad, Amirul dan Hani merupakan satu kumpulan perbentangan dan kami membuat rancangan pembelajaran  untuk subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dalam sub tajuk pemakanan. untuk topik ini para pelajar perlu mengenalpasti tentang makanan-makanan yang kerap diambil sama ada sihat ataupun tidak. Pada hari ini kumpulan kami menjadi kumpulan pertama membentangkan bahan yang kami sediakan. Setiap kumpulan yang membentang rancangan pembelajaran mereka menyediakan demonstrasi berbentuk interaktif untuk

8th Lesson (Flipped Classroom)

Image
Flipped Classroom, Project Based, Problem Based, Inquiry Based Learning Sistem pendidikan di Malaysia kini perlulah berubah dengan pesat selaras dengan peredaran zaman. Bagi seseorang pendidik atau disesebuah institusi pembelajaran perlulah memikirkan kaedah yang bersesuaian untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan baik dan positif. Dalam sistem pendidikan sekarang, terdapat pelbagai kaedah pembelajaran dan pengajaran yang bersesuaian untuk digunakan oleh guru dan pelajar. Dalam pembelajaran subjek PQI6004 baru-baru ini, kami diberi ruang dalam kumpulan untuk berbincang berkenaan empat kaedah pengajaran dan pembelajaran utama yang kerap dipakai di sekolah pada masa kini. Empat kaedah utama yang dibincangkan untuk menjalankan tugas proses pembelajaran adalah seperti berikut: a) Flipped Classroom Konsep ini adalah terbalik dari pembelajaran tradisional. Nota Pembelajaran diberi terlebih dahulu secara atas talian, dan latihan pembelajaran dibuat di dalam s

7th Lesson (Group Discussion)

Image
 Perbincangan dalam Kumpulan Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua! Kembali lagi ke Blog saya.  Hari ini saya hadir ke kelas seperti biasa. Sesampai sahaja saya di kelas, kelas kami diminta untuk mencipta satu aktiviti bilik darjah yang menarik dan membentangkan di dalam kelas. Sebagai guru kita perlu memainkan peranan sebagai seorang guru dan menerangkan langkah-langkah dalam rancangan pengjaran daripada pengenalan, pembangunan pelajaran dan aktiviti atau latihan bilik darjah.  Selepas itu, dr  meminta kami membentuk kumpulan berempat dan membincangkan penilaian bersama. Jadi baki masa dalam kelas, kami gunakan untuk membincangkan kerja kumpulan kami. Saya telah membuat keputusan untuk membentuk kumpulan dengan Biha dan Yana. Untuk meringkaskan perbincangan kami, kami memutuskan untuk membuat subjek Sejarah untuk pembentangan. Aktiviti tersebut akan menjadi debat dan kahoot.

6th Lesson (RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN)

  RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) MATA PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN HARI Isnin TINGKATAN 2 TARIKH KEHADIRAN MASA 9.00am   Tunjang Pembelajaran GAYA HIDUP SIHAT Tajuk Pembelajaran Gaya Hidup Sihat Fokus Pembelajaran 5.1 Pemakanan (Penyakit yang disebabkan oleh tabiat pemakanan) Objektif                Pada akhir pembelajaran, murid dapat : Kognitif i. Menyenaraikan penyakit yang berkaitan dengan tabiat pemakanan ii. Menyatakan punca, tanda-tanda dan kesan penyakit yang berkaitan dengan tabiat pemakanan. Afektif i. Menyedari akan kepentingan mengambil diet yang seimbang. ii. Bersyukur dengan kesihatan yang diberi. Bahan / Alat Bantu Mengajar Gambar-gambar penyakit, pamplet kesihatan dari hospital, artikel daripada website kesihatan Aktiviti 1.        Murid dipamerkan gambar-gambar penyakit yang disebabkan oleh tabiat pemakanan. 2.        Murid ditanya samada terdapat di kalangan ahli keluarga mereka yang mengalami penyakit tersebut. 3.        Murid diterangkan kepenting